Peminat generasi kedua pastinya selalu menonton pelbagai program lama seperti “We Got Married” kan?
Terbaru, Yonghwa CNBLUE telah bercerita lanjut mengenai kisah rakaman racangan itu bersama Seohyun Girls’ Generation dahulu. Malah dia sempat bercerita mengenai kejadian dia kehilangan cincin pasangan mereka.
Jelasnya, dia bukannya kehilangan barangan kemas itu secara sengaja namun ianya terjetuh semasa dia sedang mandi. Tambah Yonghwa, mereka perlu menjaga emosi sepanjang rakaman termasuklah ketika momen tiada skrip seperti insiden cincin itu.
Mengenai “We Got Married”, Yonghwa menegaskan bahawa mereka merakam mengikut skrip. Ulasnya, mereka memasuki set tanpa sebarang arahan dan berharap dengan kemampuan sendiri untuk mencipta kisah mereka.
Dorang sepadan kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.