Ikuti Kami:

“Tak Rasa Langsung Kekosongan” – CNBLUE Jelas Perubahan Kumpulan Selepas Hanya Tinggal 3 Ahli

“Tak Rasa Langsung Kekosongan” – CNBLUE Jelas Perubahan Kumpulan Selepas Hanya Tinggal 3 Ahli

Seperti yang semua tahu, CNBLUE yang dahulunya dianggotai oleh 4 orang ahli kini hanya bergerak sebagai trio selepas Lee Jong-hyun mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut dek kontroversi ‘ruang sembang seksual Jung Joon-young’.

Selepas kesemua ahli CNBLUE yang lain menamatkan latihan ketenteraan, mereka kemudiannya membuka lembaran baru dengan mengumumkan telah menyambung kontrak bersama FNC Entertainment dan bakal kembali sebagai trio.

Nyata berbeza dek kekurangan ahli, Jung Yong-hwa menjelaskan bahawa bahagian nyanyian Lee Jung-shin semakin bertambah,

Kali ini, Jung-shin agak banyak menyanyi. Bahagiannya akan semakin bertambah pada masa hadapan. Tolong nantikannya.

cnblue

Meskipun mereka tidak menyebut nama Lee Jong-hyun secara nyata, ahli CNBLUE tetap berkongsi pandangan mereka mengenai perubahan yang berlaku selepas dia mengundur diri.

Kami banyak berfikir mengenai imej dan juga arah muzik yang sesuai dengan kami bertiga. Jadi, gaya muzik kami banyak berubah mengikutnya.

Jelas Kang Min-hyuk, mereka mampu mengisi kekosongan yang ada tanpa sebarang masalah,

Kami membuatnya seharmoni yang mungkin sehingga tiada yang perasan ada kekosongan. Apabila kami mendengar lagu ini, kami tak merasakan ada apa-apa yang hilang. Saya gembira kerana merasakan kami berjaya mencipta muzik untuk kami bertiga.

cnblue

Lee Jung-shin juga menyatakan bahawa masih banyak lagi yang akan ditonjolkan oleh CNBLUE pada masa akan datang,

Bagus rasanya kami dapat menterjemah semula diri kami di samping menulis pelbagai lagu baru.

Jangan lupa tonton vidoe muzik terbaru CNBLUE iaitu “Then, Now And Forever” dalam album mini ke-8 mereka iaitu [RE-CODE].

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...