Ikuti Kami:

“Tiada Siapa Tengok Awak” – Ahli ‘Running Man’ Bincang Kepopularitian Anak Bongsu Haha

“Tiada Siapa Tengok Awak” – Ahli ‘Running Man’ Bincang Kepopularitian Anak Bongsu Haha

Betul lah orang kata ramai bapa memang manja lebih dengan anak perempuan.

Dalam episod terbaru “Running Man”, Yoo Jae-suk dan Haha telah berkongsi perasaan sebagai bapa kepada anak lelaki dan perempuan.

Awalnya Ji Suk-jin berkongsi mengenai anak lelakinya yang belum memberikan ucapan sempena ‘Hari Ibu Bapa’. Keluhnya,

Sebab itu ada pepatah mengatakan tak guna membesarkan anak lelaki.

ji sukjin haha

Balas Yoo Jae-suk bersetuju,

Betul, walaupun saya anak lelaki tapi saya tak perlukan anak lelaki. Saya sebenarnya anak yang tak diperlukan.

Celah Haha,

Sejujurnya, anak perempuan adalah yang terbaik. Pelukan anak perempuan adalah genre yang berlainan dari anak lelaki.

Mendengarkan hal itu, Kim Jong-kook menyebut mengenai populariti anak bongsu Haha iaitu Song yang kian meningkat kini.

Song semakin dikenali sekarang. Dia jadi buah mulut orang.

ji sukjin haha

Akui Ji Suk-jin,

Isteri saya pun sangat meminati Song.

Haha mengakui hal itu,

Betul tak? Anak perempuan yang paling berbakti.

Anak perempuan kan manja~

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...