Ikuti Kami:

Kemelut Bersama Agensi Belum Selesai, Yoo Jaesuk Tanya Perkhabaran Terbaru Song Jihyo

Kemelut Bersama Agensi Belum Selesai, Yoo Jaesuk Tanya Perkhabaran Terbaru Song Jihyo

Umum mengetahui bahawa Song Ji-hyo telah mengambil tindakan undang-undang terhadap agensinya, Uzurocks baru-baru ini.

Daripada pendedahan lalu, agensi itu dikatakan gagal membayar gaji pekerja selain menangguh pembayaran duit pengiklanan buat artis mereka. Tak lama kemudian, Song Ji-hyo tampil menfailkan saman buat mereka kerana bayaran yang dijanjikan masih belum dilunaskan. Bahkan selepas berjanji untuk membayar, Uzurocks berterusan menunda tarikh bayaran hingga berlanjutan hampir sebulan.

Disebabkan itu, penonton “Running Man” memberikan perhatian penuh pada wanita itu kini memandangkan hanya dapat melihat keadaan terbarunya menerusi program berkenaan yang ditayangkan pada saban minggu.

Dalam episod terbaru ini, pertanyaan Yoo Jae-suk pada wanita itu nyata mendapat perhatian ramai. Soalnya,

Ji-hyo ya? Awak hanya berada di rumah sekarang ini tanpa sebarang jadual.

sbs running man

Balas wanita itu,

Ya, saya hanya duduk di rumah.

Jawapan ini menimbulkan pelbagai persoalan buat peminat kerana Song Ji-hyo pernah menyebut sebelum ini bahawa dia bakal menyertai produksi sebuah drama romantik pada bulan Mei.

Walau bagaimanapun, berkemungkinan besar penjadualan itu terganggu dek kemelut yang membelenggu wanita tersebut bersama agensinya.

Semoga Song Ji-hyo baik-baik sahaja.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...