Ikuti Kami:

“Orang Tua Je Tengok Kan?” – Rating ‘Running Man’ Terus Menurun Ke Rekod Terendah

“Orang Tua Je Tengok Kan?” – Rating ‘Running Man’ Terus Menurun Ke Rekod Terendah

Sepertinya “Running Man” semakin menjauhi rekod rating yang membanggakan pada tahun ini.

Menerusi Nielsen Korea, program SBS itu telah pengurangan rating sebanyak 0.4% berbanding minggu lalu iaitu 3.2% sekaligus merupakan rekod terburuk bagi tahun 2023.

Bagi episod kali ini, para ahli telah menyertai perlumbaan di mana mereka akan menentukan notis had umur baru di awal setiap episod mengikut idea ahli yang memenangi misi ini.

sbs running man

Meskipun mencuba pelbagai permainan baru, namun “Running Man” sepertinya menemui jalan mati untuk meraih kembali perhatian penonton yang membanjiri seperti beberapa tahun lalu.

Antara komen penonton bagi episod ini,

Seronok ke ‘Running Man’?

 

Kenapa ‘Running Man’ popular? Saya tak pernah menonton satu episod pun sampai habis..

 

Sikit pun tak kelakar..

 

Hanya orang tua yang tonton kan?

 

Rating hanya 3%? Tiada tindakan yang diambil ke?

Hmmm..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...