Ikuti Kami:

Ada Ajak Yang Sechan & Jeon Somin, Song Jihyo Terasa Haha Tak Pernah Jemputnya Ke Program Lain

Ada Ajak Yang Sechan & Jeon Somin, Song Jihyo Terasa Haha Tak Pernah Jemputnya Ke Program Lain

Mungkin kerana sudah biasa bersama selama 13 tahun lamanya, ahli “Running Man” tidak kisah meluahkan perasaan pada satu sama lain.

Untuk siaran terbaru ini, para ahli telah menyertai perlumbaan di mana mereka akan menentukan notis had umur baru di awal setiap episod. Bagi episod kali ini, mereka telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan salah satu misi mereka ialah untuk menghubungi mana-mana selebriti yang dikenali dan menjalankan misi bersama mereka.

Kumpulan Haha dan Jeon So-min yang disertai Song Ji-hyo dan Yang Se-chan berjaya menjemput Lee Yi-kyung untuk menjalankan misi di mana mereka perlu mengajaknya makan bersama.

Seperti yang diketahui semua, Haha sedang aktif bersama pelakon lelaki itu dalam rancangan “How Do You Play” lantas menimbulkan rasa cemburu ahli lain kerana mereka kelihatan rapat.

sbs running man

Tanya Yang Se-chan,

Kami ke Lee Yi-kyung?

Balas Haha,

Dia pernah jadi tetamu bersama Haha Bus.. Awak ada jadi tetamu ke? Berambus semua.

Nafi Yang Se-chan,

Saya ada datang sekejap kan?

sbs running man

Haha yang mendengarkan hal itu kemudiannya memeluk Yang Se-chan apabila menyedarinya. Selit Jeon So-min pula,

Saya sertai siaran langsung Twitch awak kan?

Bapa kepada tiga orang anak itu terus tersenyum dan mengiakan hal berkenaan. Walau bagaimanapun, ekspresi wajah Song Ji-hyo mula berubah dan berkata,

Awak ada jemput saya ke?

Haha terus terdiam dan kemudiannya menunduk apabila mendengar soalan serius pelakon wanita itu.

sbs running man

Komen penonton selepas melihat episod itu,

Song Ji-hyo pastinya terasa kerana dia seorang sahaja yang tak dijemput ke rancangan Haha.

Mungkin jadual dorang tak sepadan kot..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...