Ikuti Kami:

“Tiada Siapa Paksa Mereka, Semua Keputusan Adalah Dari Mereka Sendiri” – Agensi BTS

“Tiada Siapa Paksa Mereka, Semua Keputusan Adalah Dari Mereka Sendiri” – Agensi BTS

ARMY semua okay ke BTS dah nak masuk tentera?

Jin, yang merupakan ahli tertua dalam BTS, akan menjadi yang pertama memulakan perkhidmatan ketenteraannya. Agensinya, Big Hit Music mengumumkan bahawa,

Jin akan membatalkan semua permohonan untuk menangguhkan perkhidmatan ketenteraannya dan mengikuti semua prosedur yang ditetapkan oleh Pentadbiran Tenaga Tentera. Ahli lain juga akan menjalankan perkhidmatan ketenteraan mereka secara berturutan berdasarkan rancangan individu mereka sendiri. 

Semasa konsert “Yet To Come In Busan” baru-baru ini, BTS sempat menyebut bahawa ia adalah ‘konsert terakhir’ mereka. Terdahulu pada bulan Jun, mereka mengumumkan rancangan mereka untuk memfokuskan kepada projek solo masing-masing. Nyatanya , itu adalah berdasarkan keputusan mereka sendiri.

Berkenan isu perkhidmatan tentera tersebut, BTS dengan tegas menyatakan bahawa, semuanya adalah kehendak mereka sendiri dan mereka akan menyertai khidmat ketenteraan apabila tiba masanya. Menurut agensi ianya tiada paksaan dari mana-mana pihak sekali pun.

Terbaru, agensi BTS, HYBE mengumumkan pelan perancangan untuk aktiviti mereka sebagai satu solusi selepas perkhidmatan ketenteraan mereka diumumkan.

CEO HYBE, Park Ji-won mengumumkan pemakluman itu kepada para pemegang saham dengan menyatakan,

Kami telah bersiap sedia untuk situasi yang akan datang sejak hari pertama lagi. Dalam waktu terdekat ini, beberapa ahli telah dijadualkan untuk menjalankan aktiviti secara individu. 

btsCEO itu turut menambah,

Kami juga memahami sepenuhnya bahawa para pelabur bimbang sama ada HYBE mampu untuk meneruskan skala pendapatan sekiranya aktiviti BTS dihadkan. Kami telah merancang beberapa strategi dengan pelbagai label lain yang membolehkan kami menghasilkan muzik bersama artis-artis ini secara konsisten. 

Oleh itu, strategi terperinci yang dicadangkan oleh HYBE adalah dengan memperkenalkan 4 kumpulan di Jepun dan Amerika Syarikat pada tahun hadapan. Kami juga akan menggunakan kaedah pengeluaran K-Pop, menambah fungsi penstriman langsung terhadap platform komunikasi Weverse, memperkenalkan perkhidmaran langganan baru, mengemas kini dan memperbesar penerbitan secara berterusan. 

https://twitter.com/vgirl318/status/1581914421177176064

Tak apalah ARMY, sabar aja…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...