Ikuti Kami:

“Kami ‘Anak’ Busan!” – Jungkook & Jimin BTS Teruja Buat Konsert ‘BTS Yet To Come’ Di Busan

“Kami ‘Anak’ Busan!” – Jungkook & Jimin BTS Teruja Buat Konsert ‘BTS Yet To Come’ Di Busan

Konsert “BTS Yet To Come In Busan” meriah sekali kan!

Konsert ini merupakan konsert pertama yang BTS sejak sekian lama. Dalam artikel sebelum ini, RM BTS berkongsi mengenai persediaan mereka untuk konsert tersebut.

Konsert yang berlangsung semalam, 15 Oktober, bukan sahaja mengubat hati ahli BTS, malah juga peminat. Majlis yang dihadiri dengan 50,000 orang ARMY semestinya membuktikan betapa meriahnya konsert itu semalam.

Selepas persembahan pembukaan, V berkata,

Sudah agak lama sejak kami semua mampu mendengar sorakan daripada peminat sebegini. Saya rasa ini adalah konsert yang paling menyeronokkan!

Jung-kook menyambung,

Busan!!!! Saya adalah anak yang lahir dan hidup di Busan! Saya dan Jimin hyung, berasal dari Busan. Saya seronok dapat bersama ARMY di sini!

jiminJimin juga menyambung,

Busan! Saya rindukan anda semua! Akhirnya kita berjumpa! Saya rasa terharu dan teruja dapat bertemu dengan anda semua di sini. Tambahan pula, apabila saya berbual dengan anda di kampung halaman saya sendiri, saya lebih teruja! Terima kasih kerana sudi datang!

RM juga sempat berkata,

Kami adakan festival bersama anda semua hari ini. Jadi, saya mahu kalian menyanyi, menari dan bergembira bersama kami semua!

btsBestnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...