Ikuti Kami:

“Tiada Perancangan Untuk Musim Ketiga ‘Hospital Playlist'” – Shin Wonho PD

“Tiada Perancangan Untuk Musim Ketiga ‘Hospital Playlist'” – Shin Wonho PD

Merupakan drama perubatan yang chill, “Hospital Playlist” nyata menjadi pilihan K-Drama sebagai naskhah yang menyenangkan sehingga ia kekal popular sehingga musim kedua.

Meskipun pada awalnya menyatakan bahawa ia mengikut format bermusim namun seperti Shin Won-ho PD memilih untuk tidak menyambung drama tersebut buat masa ini. Bahkan kebanyakan daripada pelakon utamanya sudah pun mempunyai perjanjian dengan projek lain selepas musim kedua tamat baru-baru ini.

Kenyataan itu semakin kuat susulan respon pengarah tersebut dalam sebuah temubual baru-baru ini,

Mungkin akan ada peluang untuk menghasilkan musim ketiga nanti tapi saya tiada sebarang perancangan sekarang.

tvn hospital playlist

Malah Shin Won-ho pernah menyatakan bahawa dia mengalami kesukaran untuk menghasilkan musim baru drama ini dek persiapan dalam jangka masa singkat dan genrenya.

Dalam perkhabaran lain, pengarah terkenal di tvN ini dikatakan bakal mengambil cuti yang panjang bermula Disember nanti dan akan terbang ke Amerika Syarikat bagi menenangkan diri.

Semoga bertabah peminat “Hospital Playlist”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...