Ikuti Kami:

Dilapor Bakal Tamat Di Musim Kedua, Ini Respon Produksi ‘Hospital Playlist’

Dilapor Bakal Tamat Di Musim Kedua, Ini Respon Produksi ‘Hospital Playlist’

Diperkenalkan sebagai format musim, “Hospital Playlist” nyata menerima sambutan hangat sepanjang tayangannya.

Terbaru, laporan dalam industri mengatakan bahawa drama tvN itu akan tamat pada musim kedua ini.

Tak lama kemudian, pihak produksi “Hospital Playlist” telah memberikan kenyataan bagi pihak mereka,

Kesemua pasukan produksi dan pelakon pastinya akan bersatu sekiranya musim baru dirancang nanti tapi buat masa ini, tiada pelan spesifik lagi.

tvn hospital playlist

Hal ini turut disebut oleh pengarahnya, Shin Won-ho semasa sidang akhbar musim kedua “Hospital Playlist”. Katanya,

Pelan asal adalah untuk menayangkan beberapa musim dalam masa tiga tahun tapi saya memberitahu para pelakon bahawa mereka tidak terikat untuk musim berikutnya dan mereka boleh menerima projek lain tanpa masalah. Saya beritahu jika kembali nanti, kita akan lakukannya. Tiada pelan spesifik untuk musim ketiga buat masa ini.

Sekadar pengetahuan, episod akhir “Hospital Playlist 2” akan menayangkan episod akhirnya pada malam ini, 16 September.

Harapnya akan ada musim ketiga nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...