Ikuti Kami:

Tiada Motif & Zalim, Lelaki Korea Ini Tiba-Tiba Terajang Wanita Tidak Dikenali Hingga Koma

Tiada Motif & Zalim, Lelaki Korea Ini Tiba-Tiba Terajang Wanita Tidak Dikenali Hingga Koma

Sekarang semua orang, tidak kira lelaki mahupun perempuan perlu lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Kejadian yang tidak diingini mungkin akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Ini merupakan kisah seorang wanita yang tiba-tiba diterajang oleh lelaki yang tidak dikenali di kawasan rumahnya.

Kronologi

Kejadian yang berlaku pada 22 Mei 2022 ini telah mengejutkan negara Korea. Seorang wanita diterajang dan dipijak di luar lif rumahnya di Busan. Sebelum terjadinya kejadian ini, wanita yang didedahkan sebagai C dikatakan pergi menonton busking bersama kawan-kawannya. Semasa sedang menunggu lif untuk pulang ke rumah, dia didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali. Dengan tiba-tiba dia diterajang sehingga jatuh dan tidak cukup dengan itu, C dipijak sehingga tidak sedarkan diri.

Nasibnya baik kerana ada orang menjumpai wanita ini dan terus membawanya ke hospital. C ditahan di hospital selama 16 minggu disebabkan kecedaraan parah di bahagian kepala yang menyebabkan dia koma. Namun selepas sedar dari koma, C tidak dapat memberi apa-apa kenyataan berkaitan dengan kes itu kerana dia tidak mengingati apa yang telah terjadi.

Wanita diterajang di Korea

Motif kejadian

Siapa pelakunya? Lelaki yang dirahsiakan identitinya dituduh mengikut mangsa yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan dirinya selama 10 minit sehingga ke lif pangsapuri wanita itu. Selepas kejadian itu, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dalam perbicaraan mahkamah daerah selepas disabitkan dengan cubaan membunuh. Tetapi pendakwa raya telah menukar pertuduhannya kepada cubaan membunuh serta rogol selepas mengenal pasti seluar wanita itu terbuka ketika dia ditemui dan seluar dalamnya telah ditanggalkan serta tergantung di betis kanannya.

Apa yang lebih menyeramkan, si pelaku ada memberitahu kepada tahanan lain bahawa akan mencari kembali C untuk membalas dendam. Selain itu dia juga menyatakan bahawa dia mempunyai info peribadi mangsa seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat rumah mangsa.

Siapa sebenarnya si pelaku?

Lee Hyun-woo lelaki tiba-tiba terajang wanita

Pada awalnya wajah dan identiti si pelaku dirahsiakan oleh pihak berkuasa atas alasan untuk melindungi hak asasi manusia dan juga merasakan kesalahan yang dilakukan tidak terlalu berat. Namun ada seorang detektif yang berani mati mendedahkan wajah dan identiti si pelaku di saluran YouTube miliknya.

Menurut sumber daripada YouTube itu, si pelaku bernama Lee Hyun-woo berusia 31 tahun. Tambah sumber, Lee Hyun-woo merupakan seorang penganggur dan badannya dipenuhi dengan tatu. Tambahan, detektif itu berkata bahawa tujuannya mendedahkan identiti si pelaku ini kerana risau jika lelaki ini melakukan jenayah yang sama selepas tamat tempoh hukuman dijalankan. Dia berharap agar dengan usaha yang dilakukannya dapat membantu orang ramai berhati-hati apabila berhadapan dengan Lee Hyun-woo.

Siapa sangka di rumah sendiri pun sudah rasa tidak selamat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...