Ikuti Kami:

“Teringin Nak Bunuh” – Wanita Psikopat Ini Sanggup Membunuh Nyawa Tak Berdosa

“Teringin Nak Bunuh” – Wanita Psikopat Ini Sanggup Membunuh Nyawa Tak Berdosa

Seorang wanita berumur 23 tahun telah didakwa membunuh orang tidak dikenali selepas membaca buku jenayah dan menonton rancangan TV tentang pembunuhan.

Alasan dia membunuh mangsa adalah hanya ingin tahu apakah perasaan ketika membunuh orang. Terkejut kan dengar alasan dia? Jom baca lebih terperinci tentang kes pembunuhan ini.

Punca

Jung Yoo-jung pembunuh yang pelik

Oleh kerana taksub dengan cerita jenayah sebenar, Jung Yoo-jung yang berusia 23 tahun didakwa melakukan pembunuhan itu sendiri tanpa bantuan daripada orang lain. Dia bersiap sedia untuk jenayahnya dengan membuat kajian di internet tentang cara menyembunyikan mayat, membaca buku jenayah dan menonton rancangan pembunuhan sebenar di kaca televisyen.

Taktik & Kronologi

Untuk mencari mangsa, Jung Yoo-jung memuat turun aplikasi mencari kerja dan menyamar menjadi seorang ibu yang sedang mencari tutor Bahasa Inggeris untuk anaknya. Kemudian, dia telah menetapkan tarikh untuk tutor itu memulakan tugas.

Pada hari kejadian, Jung Yoo-jung memakai pakaian seragam sekolah dan pergi ke rumah mangsa dengan membawa pisau. Dia memakai pakaian seragam sekolah dengan harapan mangsa menyangka bahawa dia adalah pelajar sekolah menengah.

pembunuhan kejam Jung Yoo-jung

Apabila mangsa membenarkannya masuk ke rumah, Jung Yoo-jung menikam mangsa hingga mati dengan pisau. Dia kemudian pergi ke kedai berhampiran membeli peluntur serta plastik sampah dan kembali ke rumah mangsa untuk memotong badan demi manghapuskan bukti. Jung Yoo-jung juga mengambil telefon bimbit, kad pengenalan dan dompet mangsa.

Pengakhiran

Tetapi Jung Yoo-jung membuat kesilapan besar semasa dalam perjalanan untuk menghapuskan bukti. Jung Yoo-jung telah menyewa teksi ke kawasan hutan berhampiran Sungai Nakdong untuk membuang pakaian yang penuh dengan anggota badan mangsa. Pemandu teksi tersebut mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan kerana dia nampak ada kesan darah pada beg bagasi yang dibawa Jung Yoo-jung. Tanpa berfikir panjang, pemandu teksi kemudiannya melaporkan hal ini kepada pihak polis.

pembunuh Jung Yoo-jung

Tidak sampai satu hari, pihak polis menemui pakaian penuh dengan darah di dalam beg dan beberapa lagi bahagian badan mangsa di rumah Jung Yoo-jung. Walaupun pada mulanya dia telah mengaku membunuh kerana berlaku pertengkaran antara mangsa, wanita berumur 23 tahun itu akhirnya mengakui kebenaran membunuh dengan niat selepas polis menemui pelbagai bukti yang menyatakan dia sebenarnya merancang pembunuhan tersebut.

Tambahan, suspek tidak pernah didiagnos mahapun mendapatkan rawatan di hospital kerana masalah mental. Oleh sebab itu, pihak polis membuat pemeriksaan mental terhadap Jung Yoo-jung dan memang sah dia mengalami gangguan kesihatan mental. Tambahan, dengan rasa bersalah Jung Yoo-jung berkata ” Saya bunuh sebab saya nak rasa jadi pembunuh”. Kes ini masih lagi dalam proses perbicaraan.

Macam-macam boleh jadi zaman sekarang ni.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...