Ikuti Kami:

Lakonan Antagonis Kim Seonho Dipuji, ‘The Childe’ Raih Respon Positif Di Korea

Lakonan Antagonis Kim Seonho Dipuji, ‘The Childe’ Raih Respon Positif Di Korea

Sepertinya filem comeback Kim Seon-ho berjaya bersaing dengan baik meskipun menghadapi tentangan dari pelbagai naskhah hebat lain.

Untuk pengetahuan, “The Childe” membawa kisah pemburuan Marco (Kang Tae-joo) – seorang peninju yang sedang meningkat naik di Filipina berserta tiga pemburu (Kim Seon-ho, Kim Kang-woo, Go A-ra) yang tidak dikenali. Lelaki itu yang ke Korea bagi mencari ayahnya dan meminta bantuan wang untuk membayar bil hospital ibunya secara tiba-tiba bertemu dengan tiga individu dari dunia asing dan terikut dalam dunai pengejaran yang gila.

Diarahkan oleh pengarah filem “The Witch Pt.1”, naskhah ini menerima pujian hampir kesemua media Korea. Ianya memaparkan warna unik naskhah noir selain turut menyelitkan elemen komedi gelap supaya dapat diterima penonton sambil mengekalkan kepahitan yang disasarkan filem ini.

Kata pengkritik, “The Childe” dipenuhi dengan pelbagai watak dengan warna berbeza hingga ia memecahkan tembok di antara kebaikan dan kejahatan. Khabarnya, saspens yang dipertemukan antara semua adalah keterlaluan namun setiap perincian itu terikat dengan baik lantas memaparkan plot yang akan difahami semua.

the childe

Bukan itu sahaja, penonton berpuas hati dengan babak aksi yang dipaparkan di mana perlumbaan kereta, tembak-menembak, wayar, tinju dan aksi badan telanjang membuatkan adrenalin penonton meningkat.

Tambahan pula, Kim Seon-ho menarik perhatian semua memandangkan ini merupakan cubaan pertama sebagai watak anatagonis. Digelar ‘Nobleman’, penonton akan terkesan dengan watak pembunuh yang kacak dan mempunyai pandangan mata tajam. Walaupun jahat, namun lelaki itu sering menjamah Coke dan bukannya arak mahupun rokok. Dalam bahagian pertama, wataknya dipenuhi dengan pelbagai babak aksi dan berubah kepada keganasan ekstrem di bahagian kedua.

Kang Tae-joo juga membuktikan bakat lakonannya apabila mengalahkan 1,980 peserta bagi memegang watak itu. Dalam pada itu, Kim Kang-woo da Go A-ra turut berjaya menonjolkan warna yang unik pada watak mereka.

Tak sabar nak tengok di pawagam tempatan pada 29 Jun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...