“Saya Tak Kisah Kontroversi Kim Seonho & Seo Yeji..” – Kim Kangwoo
- oleh irsa
- 3 tahuns lalu
Terdapat pelbagai perkara yang perlu ditimbal balik oleh seorang pelakon apabila menyertai naskhah baru.
Artikel Berkaitan
Bagi mempromosikan filem terbaru “The Childe”, Kim Kang-woo telah menjalani satu temubual rasmi bersama outlet media
Sepanjang penggambaran, filem ini mengalami krisis tak dijangka semasa proses pemilihan pelakon apabila teraju utamanya, Kim Seon-ho terpalit kontroversi dek hal peribadinya.
Malah Kim Kang-woo mengalami situasi yang seakan sama dahulu apabila drama “Memory Of Tomorrow” yang disertainya bersama Seo Ye-ji di mana wanita itu turut terpalit kontroversi dek isu peribadi melibatkan bekas kekasih Kim Jung-hyun pada ketika itu.

Disebabkan itu, filem itu sedikit tenggelam dan dilupakan oleh orang ramai. Komen pelakon lelaki itu mengenainya,
Sebenarnya pelbagai benda yang terjadi sepanjang saya berlakon. Sebab itu, saya tak berapa terganggu tentang hal itu. Apa pun, pelakon biasanya sibuk dengan watak sendiri sahaja.
Benda nak jadi kan..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




