Ikuti Kami:

“Saya Tak Akan Buat Hal Lagi..” – Kim Seonho

“Saya Tak Akan Buat Hal Lagi..” – Kim Seonho

Akhirnya kita dapat juga berjumpa dengan Kim Seon-ho dalam naskhah baru nanti.

Pada tahun 2021, Kim Seon-ho terpalit dengan kontroversi besar apabila bekas teman wanita menuduh dia tidak bertanggungjawab selepas memintanya menggugurkan kandungan. Walau bagaimanapun, hasil siasatan Dispatch, terbukti bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita itu ialah palsu lantas nama pelakon itu kembali bersih.

Baru-baru ini, lelaki itu telah menyertai satu temubual bersama media bagi mempromosikan filem “The Childe”. Bukan itu sahaja, dia turut sempat menceritakan mengenai kehidupan selepas kontroversi itu berlaku dan bagaimana dia tetap meneruskan penggambaran dilem berkenaan,

Pada ketika itu, saya berasa sesal, berterima kasih dan perasaan bercampur baur. Selepas bertemu pengarah dan pemilik produksi, mereka berkata ‘Kalau awak okay, kami mahu meneruskan hingga tamat.

kim seonho

Tambahnya,

Saya tak pasti apa perasaan sebenar pengarah tapi dia berlagak biasa sahaja di hadapan saya.

Jelas Kim Seon-ho lagi, dia berasa bertanggungjawab sebagai pelakon dan bekerja keras bagi menjayakan watak itu,

Semakin penggambaran tertunda, semakin saya berasa supaya tidak buat hal lagi hingga menyusahkan orang lain. Jikalau saya menarik diri dan menangguhkan lagi penggambaran, saya akan rugi lantas bersetuju untuk meneruskan. Saya banyak muhasabah diri sepanjang tempoh itu.

Jangan lupa, “The Childe” akan ditayangkan juga di pawagam Malaysia nanti tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...