Ikuti Kami:

“Kim Seonho Ialah Lee Kwangsoo Versi Kacak..” – Kim Jongkook

“Kim Seonho Ialah Lee Kwangsoo Versi Kacak..” – Kim Jongkook

Semakin aktif kini, ramai yang lega apabila Kim Seon-ho kembali ke diri asalnya selepas dilanda kontroversi berkaitan bekas kekasih dua tahun lalu.

Bagi mempromosikan filem terbarunya iaitu “The Childe”, lelaki tinggi itu telah menyertai episod terbaru saluran YouTube ‘GYM Jongkook’ selain sempat meminta tips bagi menguatkan otot bahagian bawah dan belakang badan.

Meskipun nampak macho namun personaliti sebenar Kim Seon-ho yang tak tentu arah membuatkan Kim Jong-kook sepanjang masa. Ujar lelaki sasa itu,

Semua orang yang kenali Kim Seon-ho beritahu saya bahawa Kim Seon-ho ialah seorang yang cemerkap tapi dia seorang yang baik.

Mungkin terpersona dengan personaliti pelakon itu, Kim Jong-kook dilihat menggelarkannya sebagai seseorang yang kelihatan seperti Lee Kwang-soo. Malah kata-kata itu digunakan di dalam tajuk episod berkenaan,

Kenapa.. saya ternampak dia seperti Lee Kwang-soo? (feat. Kim Seonho).

Bahkan ahli “Running Man” itu turut meletakkan kapsyen yang sama di Instagram di mana dia mengatakan ‘Kim Seonho ialah Lee Kwang-soo versi kacak’.

lee kwangsoo kim seonho

Comel episod ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...