Ikuti Kami:

Tiada Kata Putus, 2 Tayangan Karya Terakhir Mendiang Lee Sunkyun Akan Ditangguh

Tiada Kata Putus, 2 Tayangan Karya Terakhir Mendiang Lee Sunkyun Akan Ditangguh

Netizen mula memberikan tumpuan terhadap karya-karya mendiang Lee Sun-kyun yang belum sempat ditayangkan.

Kematian Lee Sun-kyun pada 27 Disember telah mengejutkan industri hiburan.

Malah, orang ramai turut memberi perhatian terhadap filem karya mendiang yang belum sempat dikeluarkan iaitu “Project Silence” dan “Heaven: To The Land of Happiness”.

“Project of Silence” merupakan filem yang telah dijemput untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Cannes. Di mana, filem yang menerima pelaburan sebanyak RM64 juta ini telah dijadualkan tayang pada awal tahun hadapan.

Manakala, “Heaven: To The Land of Happiness” pula merupakan filem yang sudah siap dirakam namun ianya ditangguh disebabkan oleh skandal dadah yang terpalit pada pelakon tersebut.

_lee sunkyun film

Dengan pemergian Lee Sun-kyun, maklumat mengenai tayangan kedua-dua karya ini menjadi tidak menentu serta tiada keputusan akhir yang dibuat pada masa kini. 

Dalam masa yang sama, filem lakonan isteri mendiang Jeon Hye-jin, yang berjudul “Mission Cross” juga turut ditangguhkan terlebih dahulu walaupun tarikh tayangannya sudah ditetapkan pada Februari 2024.

Cepat atau lambat harap semua karya-karya itu akan ditayangkan sebagai penghormatan buat mendiang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...