Ikuti Kami:

“Rehatlah Dengan Aman” – G-Dragon, Kim Goeun & Ramai Lagi Tampil Beri Penghormatan Akhir Buat Lee Sunkyun

“Rehatlah Dengan Aman” – G-Dragon, Kim Goeun & Ramai Lagi Tampil Beri Penghormatan Akhir Buat Lee Sunkyun

Ramai selebriti yang turut berduka ke atas pemergian Lee Sun-kyun.

Pada 27 Disember, dunia hiburan Korea telah digemparkan dengan kematian pelakon terkenal Lee Sun-kyun.

Berikutan dengan kematian tersebut, ramai rakan artis dan juga selebriti yang tampil memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.

Salah satunya merupakan G-Dragon, di mana ahli kumpulan BIGBANG ini telah membuat hantaran gambar bunga kekwa yang berwarna hitam dan putih sebagai tanda untuk berkabung ke atas kematian Lee Sun-kyun.

gd lsk

Selain itu, barisan pelakon-pelakon terkenal seperti Kim Go-eun, Park Ho-san, Park Ji-hyun, Lee Yeon-hee serta penyanyi BoA turut meratapi pemergian Lee Sun-kyun.

Di mana pada 28 Disember, Kim Go-eun telah membuat hantaran di media sosial yang menunjukkan gambar dirinya yang sedang senyum sambil memegang sejambak bunga bersama pelakon lelaki tersebut.

Manakala, BoA telah menghantar gambar dirinya bersama Lee Sun-kyun dengan kapsyen,

Awak dah bekerja keras, rehatlah dengan aman.

story ig lsk

Sementara itu, hubungan rapat diantara Kim Go-eun dan Lee Sun-kyun telah lama diketahui ramai setelah kedua-dua mereka belajar di universiti yang sama serta pernah berlakon sebagai watak utama di dalam sebuah filem.

Semoga Lee Sun-kyun tenang di sana.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...