Ikuti Kami:

Industri Hiburan Korea Berkabung, Banyak Acara Dibatalkan Berikutan Kematian Lee Sunkyun

Industri Hiburan Korea Berkabung, Banyak Acara Dibatalkan Berikutan Kematian Lee Sunkyun

Segala acara yang sepatutnya diadakan pada hari ini telah dibatalkan.

Pada pagi 27 Disember, industri hiburan Korea telah digemparkan dengan berita mengenai pelakon terkenal iaitu Lee Sun-kyun yang ditemui mati di dalam kereta oleh pihak polis.
Berikutan kejadian ini, industri hiburan telah membatalkan hampir semua acara seperti sidang media dan temu bual yang sepatutnya dijalankan pada hari ini.
Pasukan produksi filem “Noryang: Deadly Sea” telah mengumumkan pembatalan temu bual yang sepatutnya dijalankan dengan barisan pelakonnya.
marry my husband
Dalam masa yang sama, drama yang paling dinantikan ramai iaitu “Marry My Husband” turut membatalkan siaran langsung bagi sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh Park Min-young, Na In-woo, Lee Yi-kyung dan ramai lagi sejurus selepas berita mengenai kematian Lee Sun-kyun itu tular.
Sementara itu, Lee Sun-kyun yang sebelum ini telah disiasat oleh pihak polis selepas terlibat di dalam kes dadah telah mendapat keputusan negatif selepas kesemua ujian dadah dilakukan.
Malah, sebelum meninggalkan dunia ini pelakon itu turut mengadu tentang ketidakadilan yang dihadapinya serta meminta agar pihak polis untuk melakukan ujian poligraf (alat pengesan pembohongan).
Salam takziah buat keluarga serta rakan rapat Lee Sun-kyun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...