Walaupun dah lama bercinta, Lee Dong-hwi dan Jung Ho-yeon nampaknya tiada jodoh bersama.
Menurut laporan pada 26 November, Lee Dong-hwi dan Jung Ho-yeon telah berpisah dan kembali menjadi rakan sekerja, selepas 9 tahun menjalinkan hubungan bersama.
Tak lama kemudian, kedua-dua agensi mengesahkan tentang laporan tersebut namun, tidak mendedahkan sebab mereka berdua memutuskan untuk putus.
Sementara itu, Lee Dong-hwi dan Jung Ho-yeon telah mengumumkan tentang hubungan mereka kepada umum pada Januari 2016 yang lalu.
Semoga mereka bahagia di jalan masing-masing.