Ikuti Kami:

“Dia Jumpa..” – 9 Tahun Bercinta, Lee Donghwi Kongsi Gembira Terima Hadiah Istimewa Ini Dari Jung Hoyeon

“Dia Jumpa..” – 9 Tahun Bercinta, Lee Donghwi Kongsi Gembira Terima Hadiah Istimewa Ini Dari Jung Hoyeon

Meskipun jarang buat penampilan umum bersama, ramai yang turut berbahagia dengan pasangan Lee Dong-hwi dan Jung Ho-yeon.

Baru-baru ini, Lee Dong-hwi telah muncul dalam program Yoo Jae-suk “Pinggyego” di YouTube, di mana mereka ada berborak mengenai pelbagai perkara.

Dalam siaran itu, pelakon lelaki tersebut berkongsi tentang hadiah istimewa yang diterima dari teman wanitanya, Jung Ho-yeon. Kongsi Lee Dong-hwi,

Ho-yeon berjumpa dengan David Beckham untuk sesi penggambaran semasa dia ke Korea baru-baru ini. Saya ada menerima mesej video daripadanya di mana dia menyebut nama saya seperti ‘Hai, Dong-hwi’. Saya tercekik menonton video itu.

Soal Yoo Jae-suk,

Adakah Ho-yeon ada di sebelah David Beckham dalam video itu?

lee donghwi pinggyego

Respon Lee Dong-hwi secara berseloroh,

Jika awak tak keberatan, saya tidak mahu terlalu banyak bercakap tentang dia.

Balas Ji Suk-jin membuatkan ramai ketawa,

Hei, awak lah yang banyak sebut pasal dia!

Alolo malu ke tu Lee Dong-hwi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...