Ikuti Kami:

“Tiada Istilah Zaman Kegemilangan Bagi Saya, Cukup Sekadar Pengalaman” – Hyun Bin

“Tiada Istilah Zaman Kegemilangan Bagi Saya, Cukup Sekadar Pengalaman” – Hyun Bin

Lain macam aura Hyun Bin lepas jadi seorang bapa ni kan?

Terbaru, pelakon yang juga seorang suami dan bapa itu, tampil menyertai Equire bagi satu sesi bergambar dan temu bual.

Menerusi sesi temu bual tersebut, Hyun Bin sempat berkongsi beberapa perkara mengenai kerjaya dan sebagainya. Sebelum ini, gandingannya dalam “Confidential Assignment 2”, Yoo Hae-jin pernah mengatakan bahawa sepanjang penggambaran, Hyun Bin tampak lebih bersahaja.hyun binDengan itu, Hyun Bin menjawab,

Saya sendiri tak pasti mengapa dia berkata begitu. Mungkin kerana saya sudah rasa selesa dengan set penggambaran filem tersebut, juga bersama krew produksi. Malah, saya sudah mendapat bayangan terlebih dahulu bagaimana saya perlu menjayakan watak Rim Chul-ryung. 

Sebelum ini, Hyun Bin pernah berkongsi bahawa waktu kegemilangannya ada ketika dia di pertengahan umur 30-an. Namun, era kegemilangannya tidak terhenti di situ sahaja kerana sehingga kini, peminatnya kian bertambah dan ada yang masih dalam umur remaja.

Saya mungkin tarik balik kata-kata saya sebab saya masih muda ketika itu. Lama kelamaan, saya berfikir, “Bukankah ianya lebih baik jika semakin saya tua, saya semakin membina kemahiran lakonan saya?” Kerana saya sedar bahawa tidak akan ada banyak perubahan ketara atau mendadak jika saya hanya berfikir. 

Ketika saya berumur 20-an, saya fikir apa yang berubah di usia 30-an, selepas itu ketika saya berusia 30-an, saya fikir pula bagaimana keadaan saya ketika 40-an. 

Untuk sampai ke tahap ini, saya mengorak langkah satu demi satu. Tiada perubahan yang mendadak, jadi saya tak mahu guna perkataan ‘zaman kegemilangan’ itu lagi. Saya hanya mahu mengumpul pengalaman. 

hyun binHyun Bin juga ditanya mengenai projek yang masih segar di ingatannya.

Dalam banyak-banyak projek di usia 20-an saya, saya masih ingat tentang “I Am Happy”, “Late Autumn” dan baru-baru ini saya teringat tentang filem “Bargaining”.

Ini kerana saya merasakan Hwang Jung-min banyak memberi pengaruh baik kepada saya dari segi kesungguhan, perspektifnya sendiri, jadi saya banyak belajar daripadanya. 

Korang masih ingat tak drama atau filem lakonan Hyun Bin yang dulu-dulu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...