Ikuti Kami:

“Saya Mahu Orang Sama” – Hyun Bin Kongsi Pandangan Mengenai Watak & Pelakon ‘Confidential Assignment 2’

“Saya Mahu Orang Sama” – Hyun Bin Kongsi Pandangan Mengenai Watak & Pelakon ‘Confidential Assignment 2’

Selain sedang menantikan kelahiran anak sulungnya, Hyun Bin juga kini sedang menantikan siaran “Confidential Assignment 2” tidak lama lagi.

Sekuel “Confidential Assignment” ini, bakal menggandingkan Hyun Bin dengan Yoo Hae-jin dan yang paling menarik sekali, dalam sekuel ini bakal menampilkan pelakon luar negara, Daniel Henney.

Melihat kepada pembikinan awal sekuel ini, Hyun Bin berkata,

“Confidential Assignment” yang pertama menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton. Disebabkan itu juga, apabila saya mendengar mengenai pembikinan “Confidential Assignment 2”, saya berkata saya akan menyertai pembikinan ini kalau pelakon-pelakon asalnya masih ada. Semua orang harus mempunyai minat yang sama. 

hyun binHyun Bin juga berkongsi mengenai perbezaan berbanding sekuel terbaru dan juga yang sebelum ini.

Perbezaan antara filem pertama adalah pembalasan dendam untuk isteri Rim Chul-ryung merupakan kepentingan cerita. Namun untuk filem kedua ini, ada pelbagai aspek yang agak relaxed dan masuk dek akal. Saya ingin menunjukkan bagaimana dia digunakan di Korea Selatan. 

Sekuel kali ini turut bakal menampilkan Yoona, Daniel Henney dan Jin Sun-kyu. Daniel Henney bakal memegang watak sebagai Jack, seorang FBI dari Amerika Syarikat. Manakala Yoona bakal memegang watak sebagai Park Min-young, adik ipar kepada Kang Jin-tae (Yoo Hae-jin) dan Jin Sun-kyu pula akan memegang watak sebagai Jang Myung-joon seorang ketua organisasi. hyun bin yoo haejinMengenai gandingannya, Yoo Hae-jin, dia berkata,

Saya rasa pandangan Yoo Hae-jin sentiasa spot-on. Saya sentiasa rasa selesa dan senang dapat berkerjasama semula. Bila kami berdua selesa, kami boleh kongsi pelbagai idea dan pandangan bersama. Saya rasa keserasian kami dapat dilihat dalam skrin nanti. 

Walaupun Daniel Henney merupakan watak baru dalam “Confidential Assignment 2”, Hyun Bin sebenarnya pernah berkerjasama bersamanya pada 2004 dalam drama “My Lovely Sam Soon”. Hyun Bin berkata,

Sebenarnya, kami berdua sudah lama tidak berborak dan berbual bersama tapi kami dapat mendapatkan keserasian kami dengan cepat seperti dulu. Kami senang dapat berbual mengenai projek individu masing-masing. 

daniel henneyMengenai Jin Sun-kyu pula, Hyun Bin berkata,

Walaupun dia membawa watak antagonis, dia sebenarnya seorang yang baik dan senang bersama di luar kamera. Proses yang diperlukan untuk Jin Sun-kyu bagi menghasilkan watak antagonis yang berbeza dengan personalitinya sebenarnya sangat menarik. Dia berjaya menghidupkan watak itu dengan baik jadi saya rasa dia seorang yang sangat berazam kuat.

Pertemuan semula bersama Yoona merupakan sesuatu yang agak berbeza bagi Hyun Bin.

Saya tahu bahawa sekuel kedua ini merupakan debut skrin besarnya yang pertama. Ketika penggambaran saya banyak juga memberi semangat kepada Yoona dan saya rasa dia sentiasa cuba menghidupkan watak itu dengan baik sekali. Dia sememangnya pelakon berbakat. Dia sentiasa belajar walaupun dia mengalami kesukaran pada masa yang sama. Dia adalah pelakon junior yang saya akan sentiasa mahu melihat perkembangannya setiap masa. 

yoonaSelepas drama hit “Crash Landing On You”, Hyun Bin kini membawa watak dengan dialek Korea Utara sebanyak dua kali, jadi ini meningkatkan lagi jangkaan penonton terhadapnya.

Saya belajar dialek Korea Utara selama tiga bulan untuk “Confidential Assignment 2”. Dialek Korea Utara dalam sekuel kedua ini amat berbeza dengan “Crash Landing On You”. Sebagai pelakon, semestinya saya perlu usaha dengan lebih lagi. 

Hyun Bin juga berkata bahawa dia mengharapkan sekuel kedua ini menerima sokongan yang sama atau lebih daripada peminat, berbanding sekuel yang pertama.

Kita tunggu “Confidential Assignment 2: International” 7 September ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...