Ikuti Kami:

Hyun Bin Kembali Ke Layar Perak Dalam ‘Confidential Assignment 2: International’

Hyun Bin Kembali Ke Layar Perak Dalam ‘Confidential Assignment 2: International’

Hyun Bin kini bakal kembali ke layar! Akhirnya, lama betul kan tunggu lakonannya lepas berkahwin…

“Confidential Assignment 2: International” melancarkan satu trailer rasmi yang mengumumkan kepulangan Hyun Bin setelah perkahwinannya bersama Son Ye-jin. Sekuel filem “Confidential Assignment” yang sebelum ini pernah dikeluarkan pada 2017.hyun binFilem ini telah disahkan akan ditayangkan pada bulan hadapan. Trailer rasmi yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini, mendapat lebih banyak perhatian daripada umum atas satu penampilan pelakon dari Amerika Syarikat, Danial Henney.

“Confidential Assignment 2: International” merupakan filem yang mengisahkan perjalanan misi antara detektif Korea Utara, Rim Cheol-yeong lakonan Hyun Bin dan juga detektif Korea Selatan iaitu Kang Jin-tae lakonan Yoo Hae-Jin yang bergabung untuk menangkap satu organisasi jenayah global. danial Lakonan Danial Henney yang membawa watak Jack seorang FBI dari luar negara dan menjalankan penyiasatan dan tugasan sulit antara ketiga-tiga negara.

Terdapat banyak jangkaan kerana “Confidential Assignment” yang pertama berjaya mendapat perhatian dan berjaya meraih populariti yang membawa kepada penghasilan sekuel kali ini.

Ketiga-tiga ‘hero’ dalam ini semuanya hebat belaka kan!

Tunggu update seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...