Ikuti Kami:

Tahniah! Telah Berkahwin, Hyun Bin & Son Yejin Kongsi Foto Perkahwinan

Tahniah! Telah Berkahwin, Hyun Bin & Son Yejin Kongsi Foto Perkahwinan

Gambar perkahwinan rasmi Hyun Bin dan Son Ye-jin telah dikeluarkan!

Pada 31 Mac, agensi bagi dua pelakon tersebut VAST Entertainment dan MSTeam telah mengeluarkan kenyataan berikut:

Pelakon Son Ye-jin dan Hyun Bin akan mengadakan majlis perkahwinan mereka hari ini, memulakan langkah pertama mereka sebagai pasangan suami isteri. Majlis ini akan diadakan secara tertutup dengan mengambil kira situasi COVID-19, jadi kami memohon pengertian anda. Kami berkongsi berita ini dengan gambar perkahwinan mereka.

Kami merakamkan rasa terima kasih yang mendalam atas banyak berkat dan sokongan hangat yang dihantar untuk permulaan baharu mereka. Pelakon Hyun Bin dan Son Ye-jin bersama agensi mereka akan terus berusaha sepenuhnya untuk membalas cinta yang diterima.

hyun bin dan son yejin kahwin

Sementara itu, Hyun Bin dan Son Ye-jin telah berkahwin hari ini dengan hanya dihadiri keluarga mereka. Mereka akan mengadakan majlis pada pukul 4 petang ini di Aston House di Sheraton Grand Walkerhill, Seoul.

Tahniah buat Hyun Bin dan Son Ye-jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...