Ikuti Kami:

Tiada Di Laman Rasmi YG Entertainment, Jennie BP Tak Perbaharui Kontrak?

Tiada Di Laman Rasmi YG Entertainment, Jennie BP Tak Perbaharui Kontrak?

Semakin lama, semakin ramai penasaran mengenai masa hadapan BLACKPINK dengan YG Entertainment.

Terbaru, penonton semakin tak tentu arah apabila menebak bahawa salah seorang ahlinya mungkin tidak menerima layanan yang baik dari agensi berkenaan di ambang pembaharuan kontrak eksklusif mereka.

Walaupun di awal karier mereka, ramai mendakwa Jennie mendapat layanan istimewa dari YG Entertainment. Pun begitu, ada yang mengatakan bahawa idola itu mungkin lagi bukan keutamaan agensi gergasi tersebut.

Ini kerana di bahagian nama Jennie untuk barangan promosi solo di laman jualan YG Store tidak dapat diakses berbanding nama ahli lain. Menurut netizen, ada yang merasakan bahawa idola itu mungkin tidak memperbaharui kontraknya bersama YG Entertainment malah ada yang meneka sekiranya dia tidak dilayan dengan baik kini.

blackpink

Pun begitu, segelintir peminat menyimpan tanggapan positif di mana mungkin sistem jualan itu mempunyai sedikit masalah teknikal sehingga menyebabkan kesilapan tidak dijangka tersebut.

Dalam pada itu, YG Entertainment berkongsi bahawa hal berkaitan kontrak bersama BLACKPINK akan diumumkan secara rasmi pada bulan hadapan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...