Bukan senang tau jadi idola, hari-hari mereka dipenuhi dengan jadual padat sehingga tiada ruang untuk berehat.
Terbaru, Jennie telah berkongsi video baru di akaun YouTube miliknya ‘Jennierubyjane’ di mana idola itu telah membawa peminat mengalami belakang tabir ketika Festival Filem Antarabangsa Cannes.
Walaupun sudah lama aktif sebagai artis, Jennie akui gementar sebelum melangkah ke karpet merah,
Konsep hari ini ialah Puteri Salju. Saya harap saya nampak elok hari ini.
Disebabkan oleh jadual yang padat, ahli BLACKPINK itu dilihat menjamah ramen ketika terdapat waktu selingan semasa bersolek. Luah Jennie yang sentiasa sibuk dengan jadual padat,
Bila difikirkan, saya tak makan pun semalam.
Selepas selesai menjalani tembual, wanita itu melihat ke luar tingkap untuk menikmati pemandangan di Perancis,
Tiba-tiba, dunia nampak lebih cantik. Udara terasa bersih. Saya tak ingat bagaimana saya hidup di Perancis, ketika dua hari konsert dulu.
Nampak Jennie penat..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.