Utama Drama Korea ‘The Witch’s Diner’ Mula Tayang Di Saluran tvN, Episod Awal Raih Rating...

‘The Witch’s Diner’ Mula Tayang Di Saluran tvN, Episod Awal Raih Rating Baik

tvn the witch's diner

Meskipun sudah selesai ditayangkan di laman TVING pada tahun lalu, namun “The Witch’s Diner” dipilih untuk ditayangkan di tvN bagi untuk slot Rabu-Khamis dek kepopularitiannya.

Drama ini membawa kisah ahli sihir yang mengabulkan permintaan pelanggannya dengan memasak makanan yang sedap namun mereka perlu memberikan benda yang paling berharga sebagai galang gantinya.

Sudah pun menayangkan 2 episod kelmarin, drama fantasi berkenaan nampaknya menerima respon yang baik walaupun ini ialah kali kedua ia ditayangkan.

tvn the witch's diner

Untuk episod pertama, “The Witch’s Diner” raih rating sebanyak 2.282% dan 1.982% iaitu satu nombor yang baik untuk drama lama.

Dalam pada itu, drama ini telah menerima pujian ramai kerana plotnya yang padat selain efek grafik yang memukau. Meskipun hanya drama web, namun dapat dilihat bahawa pelbagai aspek diberikan perhatian teliti sekaligus berjaya menghasilkan naskhah yng berkualiti. Malah keserasian antara Song Ji-hyo, Nam Ji-hyun dan Chae Jong-hyeop meraih pujian penonton.

Memang ‘reccommended’ sangat tengok “The Witch’s Diner”, haraplah ada musim kedua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERGukje News
Loading...