Ikuti Kami:

Dek Permintaan Ramai, ‘The Witch’s Diner’ Bakal Ditayang Di tvN Pada Januari Ini

Dek Permintaan Ramai, ‘The Witch’s Diner’ Bakal Ditayang Di tvN Pada Januari Ini

Ramai kan yang seronok menonton drama fantasi “The Witch’s Diner” beberapa bulan yang lalu?

Disebabkan oleh permintaan ramai, naskhah asal laman TVing itu akan bersiaran semula di tvN bermula Januari ini selepas “Melancholia” menamatkan tayangan. Jawab wakil dari saluran itu,

‘The Witch’s Diner’ akan ditayangkan pada slot drama Rabu-Khamis di tvN pada Januari akan datang.

Tambahnya lagi, keputusan itu dibuat kerana drama berkenaan yang berkualiti dan popular dalam kalangan penonton.

the witch's diner popular

Dilakonkan oleh Song Ji-hyo, Nam Ji-hyun dan Chae Jong-hyeop, drama ini membawa kisah ahli sihir yang mengabulkan permintaan pelanggannya dengan memasak makanan yang sedap namun mereka perlu memberikan benda yang paling berharga sebagai galang gantinya.

Ditayangkan pada Julai lalu di laman penstriman TVing, “The Witch’s Diner” menerima respon yang baik kerana keserasian lakonan antara tiga watak utamanya selain efek grafik yang ditonjolkan mampu menandingi suntingan filem. Hanya mempunyai bahagian yang pendek, rata-rata peminat selalu mengutarakan permintaan untuk musim kedua siri berkenaan.

Wah, sampai orang ‘demand’ tayang kat TV. Hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...