Siapa yang dah menonton “The Silent Sea” di Netflix? Apa pandangan anda?

Sudah 4 hari ditayangkan, siri sci-fi thriller misteri itu berjaya menduduki tempat pertama dia ranking Netflix beberapa negara kini. Antaranya ialah Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Vietnam dan juga Malaysia.
Dalam pada itu, “The Silent Sea” duduk selesa di tangga ketiga bagi ranking global Netflix kini.
Untuk pengetahuan, “The Silent Sea” yang berlatar belakangkan masa hadapan membawa kisah pasukan elit yang menjalani misi khas di sebuah pangkalan ditinggalkan di bulan selepas kekurangan sumber di bumi.
Boleh tahan hebat “The Silent Sea”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.