Ikuti Kami:

Sci-Fi Misteri Pertama Korea Di Bulan, Terokai 5 Sebab Perlu Tonton ‘The Silent Sea’ Di Netflix Kini

Sci-Fi Misteri Pertama Korea Di Bulan, Terokai 5 Sebab Perlu Tonton ‘The Silent Sea’ Di Netflix Kini

Netflix nampaknya menutup 2021 dengan sebuah lagi siri yang pasti akan mencipta fenomena tak lama nanti!

Berlatarbelakangkan masa hadapan, “The Silent Sea” menelusuri kisah pasukan elit yang menjalani misi khas di sebuah pangkalan ditinggalkan di bulan selepas kekurangan sumber di bumi.

Bagi menambahkan lagi keterujaan penonton, KimchiDaily telah menyertai sidang media atas talian siri ini. Ayuh dengarkan apa yang dibongkarkan oleh pengarah Choi Hang-yong, penulis Han Eun-kyo, produser Jung Woo-sung, Gong Yoo, Bae Doo-na, Lee Joon, Kim Sun-young, Lee Moo-saeng dan Lee Sung-wook mengenai keistimewaan “The Silent Sea”.

netflix the silent sea

Kredit: Netflix

Dari projek akhir tahun universiti

Mengagumkan kerana “The Silent Sea” sebenarnya dihasilkan sebagai filem pendek untuk projek graduasi pengarah Choi Hang-young pada asalnya. Dari idea kecil, ianya berkembang dengan besar sebagai siri Netflix kini,

Sebelum bergraduasi, saya mahu mencipta sesuatu yang sesuai dengan minat sendiri, sesuatu yang saya mahu hasilkan. Terdapat banyak filem berkenaan angkasa lepas namun tiada yang benar-benar secara fizikal di atas bulan. Jadi, saya mereka cerita dengan permukaan bulan sebagai latar belakangnya.

Luah Bae Doo-na, dia sebenarnya kurang pasti apabila membaca skrip “The Silent Sea” tapi ianya bertambah meyakinkan apabila dia menonton filem pendek berkenaan.

Selepas menonton filem pendek yang menginspirasikan “The Silent Sea”, saya memikirkan mengenai betapa sukarnya untuk menghasilkan genre sci-fi sebagai projek graduasi. Sebabnya, awak mempunyai kekurangan sumber, pelaburan dan wang, namun masih mampu menerbitkan naskhah sci-fi.

Apabila melihatkan kesempurnaan filem pendek itu, Bae Doo-na berasa yakin bahawa siri “The Silent Sea” akan berjaya dihasilkan sekiranya pengarah Choi Hang-young yang menghasilkannya.

netflix the silent sea

Kredit: Netflix

Jung Woo-sung jadi produser

Bukan sahaja dibarisi oleh pelakon hebat namun “The Silent Sea” turut memiliki produser yang popular iaitu pelakon Jung Woo-sung. Meskipun tidak menunjukkan bakat lakonan, namun lelaki itu memaparkan personaliti yang mengagumkan sebagai seorang produser.

Gong Yoo turut meluahkan rasa syukur kerana idolanya merupakan produser buat siri ini, Memandangkan Jung Woo-sung juga merupakan seorang pelakon, dia memaparkan personaliti sebagai seorang produser yang menitikberatkan para pelakonnya,

Dia tahu bagaimana pelakon akan berasa selesa di set, dan dia akan membantu dari sudut itu. Seperti yang diutarakan Bae Doo-na, dia sentiasa berada bersama kami di set penggambaran. Tak sangka dia akan setekun ini, lantas saya boleh merasakan keghairahan Jung Woo-sung buat drama ini serta kami.

Dengan susuk produser eksekutif yang sempurna seperti lelaki itu, Gong Yoo menambah bahawa ia merupakan pencetus semangat buatnya.

Pelbagai watak profesional

Bestnya “The Silent Sea” kerana penonton akan dapat menyaksikan pelbagai profesion profesional yang menjalani misi ini. Gempak!

Bae Doo-na membawa watak Song Ji-an, seorang ahli astrobiologi manakala Gong Yoo pula sebagai ketua eksplorasi bernama Han Yoon-jae. Ketegangan mula menebal di antara mereka berdua mengenai persoalan untuk menyelesaikan misi yang diberikan secepat mungkin ataupun menyiasat apa yang sebenarnya terjadi di pangkalan usang itu.

netflix the silent sea

Kredit: Netflix

Lee Joon berlakon sebagai Ryu Tae-seok iaitu seorang jurutera senior, Kim Sun-young pula sebagai Hong Ga-young iaitu doktor bertanggungjawab menjaga kumpulan itu, Lee Moo-saeng ialah seorang ketua keselamatan bernama Gong Soo-hyuk dan Lee Sung-wook bertanggungjawab membawa watak Kim Sun, seorang pemandu kapal angkasa.

Dipenuhi dengan pelbagai kejutan yang menakutkan, setiap daripada watak ini akan membuat pilihan yang berbeza bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Feel di bulan sebenar

Tarikan utama “The Silent Sea” ialah stesen Balhae yang terletak di bulan. Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana siri ini berusaha untuk menampilkan latar belakang itu secara realistik.

Komen pengarah Choi Hang-young,

Kami menggunakan lima studio sebesar 10,000 meter persegi setiap daripadanya. Bukan sahaja saiz yang memainkan peranan namun secara teknikal, ianya agak sukar. Semasa membina set berkenaan, kami memastikan ia boleh membuatkan para pelakon lebih merasai suasananya.

netflix the silent sea

Kredit: Netflix

Jelas penulis Park Eun-kyo, dia berasa gembira kerana apa yang ditulis berjaya direalisasikan di luar jangkaan,

Apabila melihat set yang dibina, saya berasa terkejut kerana ia adalah lebih bagus dari apa yang dijangka. Ia melepasi batas imaginasi saya.

Tambah Lee Joon, dia terkejut kerana setiap aspek set sama ada yang dapat dilihat di skrin ataupun yang tersorok dibina dengan teliti.

Mesej buat penonton

Ulas pengarah Choi Hang-yong, dia berharap agar siri ini akan menyampaikan cerita yang lebih besar buat semua.

Dalam filem pendek, kami hanya mampu menceritakan apa yang terjadi di stesen itu. Namun dengan siri ini, kami mampu memparkan kisah di bumi dan bagaimana hidup ketika itu. Ianya bukan sahaja kisah pasukan ekspedisi itu namun mengenai kelangsungan hidup manusia dan apa kesudahan kehidupan mereka.

netflix the silent sea

Kredit: Netflix

Pesan Lee Moo-saeng buat penonton,

Saya sudah lama teruja untuk siri ini, kini giliran anda pula untuk berasa teruja.

Semakin menambahkan jangkaan penonton apabila Kim Sun-young menjanjikan keserasian pasukan yang tidak mungkin boleh dilihat dalam projek lain.

Ianya merupakan satu karya agung!

Tak sabar kan? Jangan lupa menonton “The Silent Sea” bagi menyaksikan misi di stesen Balhae dan lihat bagaimanakah kesudahan nasib pasukan ekspedisi itu di Netflix kini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...