Utama Drama Korea ‘The Red Sleeve’ & ‘All Of Us Are Dead’ Dipilih ‘Drama Korea...

‘The Red Sleeve’ & ‘All Of Us Are Dead’ Dipilih ‘Drama Korea Terbaik’ Di Anugerah Drama Seoul 2022

the red sleeve all of us are dead

Pelbagai naskhah ditayangkan pada 2022 namun, dua drama Korea ini telah berjaya merangkul takhta ‘Drama Terbaik’.

Pada 22 September, majlis berprestij Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2022 telah diadakan di Dewan KBS.

Tahniah diucapkan buat drama “The Red Sleeve” yang telah membawa pulang ‘Anugerah Drama Korea Terbaik’ di majlis berkenaan. Penerbit Jung Ji-in yang menerima trofi itu memberikan ucapannya,

Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan menerima anugerah seperti ini dalam hidup saya, tetapi saya bersyukur. Saya berterima kasih kepada penulis dan pelakon. Saya akan membuat banyak drama sejarah, dengan tanggungjawab yang lebih besar.

Bukan itu sahaja, siri Netflix “All of Us Are Dead” juga telah berjaya membawa pulang trofi untuk ‘Anugerah Drama Korea Terbaik’.

2022 seoul international drama awards

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROSEN
Loading...