Nampaknya Kim Seon-ho dinobat sebagai ‘Pelakon Lelaki Korea Terbaik’ di Anugerah Drama Seoul 2022.
Pada 22 September, anugerah berprestij itu diadakan di Dewan KBS di Yeouido, Yeongdeungpo-gu, Seoul. Bagi memeriahkan majlis, pelakon Joo Sang-wook dan Jung Eun-ji telah dililih sebagai pengacaranya.
Bagi anugerah ‘Pelakon Lelaki Korea Terbaik’ dan ‘Pelakon Wanita Korea Terbaik’, mereka dipilih oleh peminat Hallyu di seluruh dunia tanpa penilaian hakim. Di antara mereka, Kim Seon-ho menerusi lakonan dalam “Hometown Cha Cha Cha” menduduki tempat pertama dengan jumlah undian melebihi separuh iaitu 53.4%.
Pun begitu, lelaki itu hanya memberikan ucapan menerusi video mesej memandangkan jadual yang ketat menghalangnya daripada menghadiri majlis berkenaan.
Saya meminta maaf kerana menyapa anda menerusi video sahaja kerana jadual saya. Terima kasih kerana menyayangi ‘Hometown Cha Cha Cha’. Saya sayang awak dan terima kasih sekali lagi.
Tambahnya,
Anugerah ini diberikan bukan sahaja kepada saya namun buat staf, pelakon dan pengarah yang bekerja keras untuk drama kami. Terima kasih buat semua yang menyokong. Saya di sini sebagai pelakon dan merasakan bahawa drama kami bersinar. Saya akan bekerja keras untuk menjadi pelakon yang baik.
Dalam pada itu, Jisoo BLACKPINK pula dinobat sebagai penerima anugerah itu untuk kategori wanita dek persembahan hebat dalam drama “Snowdrop”.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.