Ikuti Kami:

‘The Outlaws 2’ Jadi Filem Pertama Sejak 2019 Raih 10 Juta Penonton Wayang

‘The Outlaws 2’ Jadi Filem Pertama Sejak 2019 Raih 10 Juta Penonton Wayang

Nampaknya, filem “The Outlaws 2” sekali lagi telah mencipta rekod hebat!

Menurut Majlis Filem Korea, “The Outlaws 2” secara rasmi berjaya meraih 10 juta penonton wayang pada 11 Jun jam 12:50 tengah hari, hanya dalam 25 hari selepas dikeluarkan pada 18 Mei.

Tambahan, “The Outlaws 2” bukan sahaja filem pertama yang mencapai kejayaan tersebut sejak 2019, malah ia juga merupakan filem ke-28 dalam sejarah box office Korea dan filem Korea ke-20 yang melepasi 10 juta penonton wayang.

Ma dongseok

Selain itu, ini juga adalah filem keempat Ma Dong-seok (selepas “Train to Busan”, “Along With the Gods: The Two Worlds” dan “Along With the Gods: The Last 49 Days”) yang mempunyai pencapaian ini. “The Outlaws 2” turut berjaya raih 10 juta penonton lebih pantas daripada filem “Parasite”, filem terakhir yang melepasi 10 juta penonton filem, yang ditayangkan sebelum wabak COVID-19.

Dalam pada itu, merupakan sekuel kepada filem aksi popular dari 2017, “The Outlaws 2” mengikuti pengembaraan menarik detektif legenda Ma Seok-do (Ma Dong-seok) dan skuad jenayah ganas balai polis ketika mereka mengejar penjahat baharu yang kuat (lakonan Son Suk-ku).

The outlaws 2

Tahniah buat semua yang terlibat dalam “The Outlaws 2”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...