Kurang dari dua minggu selepas tayangan, filem “The Outlaws 2” (juga dikenali sebagai “The Roundup”) sudah mencipta rekod hebat!
Menurut Majlis Filem Korea, setakat 29 Mei, “The Outlaws 2” secara rasminya telah meraih lebih 6 juta penonton wayang. Untuk pengetahuan, ia hanya mengambil masa kurang daripada 12 hari untuk mencapai kejayaan itu.
Tambahan, “The Outlaws 2” kini merupakan filem terpantas sejak filem “Parasite” yang memenangi anugerah pada 2019, kerana berjaya melepasi 6 juta penonton filem di box office Korea, dan ia juga telah berjaya mengatasi rekod hit legenda seperti filem 2014 “Ode to My Father” (yang mengambil masa 16 hari untuk mencapai 6 juta) dan “Miracle in Cell No. 7” (19 hari).
Dalam pada itu, merupakan sekuel kepada filem aksi popular dari 2017, “The Outlaws 2” mengikuti pengembaraan menarik detektif legenda Ma Seok-do (Ma Dong-seok) dan skuad jenayah ganas balai polis ketika mereka mengejar penjahat baharu yang kuat (lakonan Son Suk-ku).
Tahniah buat semua kru dan pelakon “The Outlaws 2” atas kejayaan ini!