Ikuti Kami:

‘The Outlaws 2 (The Roundup)’ Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Masa 2 Hari

‘The Outlaws 2 (The Roundup)’ Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Masa 2 Hari

Peminat-peminat filem Korea pasti amat mengenali dua pelakon hebat ini, Ma Dong-seok yang dan juga Son Seok-gu kan? Filem baharu lakonan mereka,”The Outlaws 2″ (The Roundup) mempunyai permulaan yang mengagumkan di ‘box office’ Korea!

Pada pagi 20 Mei, Majlis Filem Korea telah berkongsi bahawa pada hari sebelumnya, “The Outlaws 2” secara rasminya telah mencecah 1 juta penonton filem manakala kekal di tempat pertama dalam carta ‘box office’. Sewaktu perkongsian itu dilakukan, filem itu telah mencapai jumlah 1,016,693 penonton wayang.

ma dong seok

Sekuel ini sangat dinanti-nantikan setelah filem terakhir yang popular di mana ia disiarkan pada 2017 lalu. Lakonan hebat Ma Dong-seok dan Yoon Kye-sang dalam sekuel, “The Outlaws,” dan “The Outlaws 2” merupakan filem pengembaraan menarik detektif legenda Ma Seok-do, dan skuad jenayah ganas balai polisnya ketika mereka berjuang untuk membanteras jenayah.

“The Outlaws 2” juga sebelum ini telah mencipta rekod baharu bagi pembukaan box office terbesar di Korea Selatan sejak bermulanya wabak COVID-19. Hebat kan! Kerjasama yang mantap merupakan kunci utama untuk penghasilan karya yang hebat seperti ini. Setuju tak?

Tahniah kepada pelakon dan krew “The Outlaws 2”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...