Berita Gembira buat Deobi (kelab peminat THE BOYZ) di Malaysia!
Pada 8 April, IST Entertainment telah mengumumkan bahawa kumpulan K-Pop terkenal, THE BOYZ akan melakukan konsert jelajah dunia mereka, “THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II”.
Di mana, kumpulan yang terkenal dengan pelbagai lagu hit seperti “The Stealer” dan “Reveal” itu akan menjumpai peminat di 13 buah tempat di seluruh dunia termasuk Bangkok, Jakarta, Seoul, Manila, London dan Kuala Lumpur.
Malah, konsert ini juga akan menjadi konsert jelajah pertama mereka di Malaysia sejak mereka melakukan kemunculan sulung mereka pada tahun 2017 yang lalu.
[📝] THE BOYZ WORLD TOUR : ZENERATION Ⅱ🧬
✅ STAY TUNED FOR MORE!#THEBOYZ #더보이즈 #ZENERATION2 #제너레이션2 pic.twitter.com/GtFqFeYPXB
— 더보이즈(THE BOYZ) (@IST_THEBOYZ) April 8, 2024
Buat Deobi yang dah lama menunggu, konsert ini akan diadakan pada Sabtu, 7 September 2024 dan lokasi konsert itu diadakan masih lagi belum diumumkan.
Segala maklumat lanjut mengenai “THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II” akan dimuat naik oleh pihak penganjur dari semasa ke semasa.
Akhirnya, selepas lama kita menanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.