Ikuti Kami:

Pergi Konsert Bersama, Netizen Dedah Bukti Hubungan Percintaan Jennie BP & Juyeon THE BOYZ

Pergi Konsert Bersama, Netizen Dedah Bukti Hubungan Percintaan Jennie BP & Juyeon THE BOYZ

Tular di komuniti dalam talian Korea mengenai khabar angin temu janji baru antara dua idola K-Pop iaitu Jennie BLACKPINK dan Ju-yeon THE BOYZ.

Khabar angin ini mula muncul selepas seorang netizen mengumpulkan bukti kukuh yang menunjukkan hubungan romantik di antara dua penyanyi tersebut.

Antara bukti yang ditunjukkan ialah tangkapan skrin Ju-yeon yang berkongsi lagu “Snow” nyanyian Zion.T di Instagramnya pada 23 Disember dan keesokkan harinya, Jennie didapati memuat naik video dia menyanyikan lagu yang sama di YouTube.

jennie juyeon

Tidak berhenti di situ, mereka turut mendedahkan bahawa kedua-dua penyanyi tersebut telah menghadiri konsert Daniel Caesar di Seoul dan didapati berada dalam lingkungan kawan yang sama.

jennie juyeon concert

Antara komen netizen mengenai isu ini ialah,

Kenapa Jennie nak bercinta dengan dia?

 

Saya rasa tak akan ada sesiapa yang mempercayainya.

 

Dia pernah bercinta dengan GD, Kai dan V…. Sekarang dengan Ju-yeon pula?

 

Kami perlukan bukti yang lebih kukuh macam gambar dia dengan V dulu.

 

Saya tak rasa yang Jennie kenal Ju-yeon.

Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...