Setelah lama menanti, Ji-soo akhirnya akan menemui peminat sebagai penyanyi solo tak lama lagi!
Baru-baru ini, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa pra-tempahan untuk album solo Ji-soo telah pun dibuka, dengan tiga versi dijual iaitu hitam, merah dan dalam bentuk vinyl.
Hanya dalam masa 24 jam, album solo ahli BLACKPINK itu telah meraih sebanyak 159,846 pra-pesanan, merupakan album pra-tempahan tertinggi dalam sejarah KTown4u. Mengagumkan!
https://twitter.com/BLINKSTATS/status/1633006641950908417?s=20
Dengan ini, Ji-soo adalah satu-satunya artis yang melepasi 150,000 album pra-tempahan, menewaskan album BLACKPINK “BORN PINK” dan album “Sticker” dari NCT 127.
Sementara itu, Ji-soo akan membuat debutnya sebagai artis solo pada 31 Mac ini. Nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily