Setiap ibu bapa pastinya akan sentiasa memberikan sokongan yang kuat terhadap anak-anak mereka, kan?
Begitu juga dengan ibu bapa kepada Ji-soo, yang dilihat menghadiri konsert BLACKPINK “BORN PINK” di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Mac semalam, untuk memberikan sokongan buat anak bongsu mereka itu.
Menerusi hantaran yang dikongsi peminat di laman Twitter, ibu bapa Ji-soo duduk di barisan hadapan bahagian VIP dan sentiasa bersorak untuk keempat-empat ahli ketika persembahan mereka.
https://twitter.com/itsloviee/status/1632212648791252992?s=20
Bukan itu sahaja, ada juga video yang menunjukkan reaksi terkejut Jennie apabila melihat ibu dan ayah Ji-soo yang berada di bahagian depan konsert berkenaan. Comel je dorang!
Dalam pada itu, konsert BLACKPINK “BORN PINK” di Kuala Lumpur dianggar raih lebih RM40 juta keuntungan, dengan lebih 60,000 peminat yang hadir memeriahkan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Supportive sangat ibu dan ayah Ji-soo!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉