Utama Rancangan Hiburan “Tetap Merendah Diri” – Dalam Diam, Penonton Perasan Song Jihyo Sering Jaga...

“Tetap Merendah Diri” – Dalam Diam, Penonton Perasan Song Jihyo Sering Jaga Tetamu ‘Running Man’

song jihyo

Meskipun sudah hampir 22 tahun aktif dalam dunia seni namun Song Ji-hyo tetap merendah diri apabila bertemu dengan rakan selebriti lain.

Terutamanya apabila terdapat artis wanita yang menjadi tetamu dalam rancangan yang dihoskannya iaitu “Running Man”.

Terbaru, Kim Shin-rok yang popular menerusi drama “Reborn Rich” telah menyertai sebagai tetamu tunggal dalam episod khas ‘Pewaris Kaya Mengamuk’.

Meskipun tidak begitu aktif ketika berbicara namun Song Ji-hyo dilihat sentiasa memastikan Kim Shin-rok berada di tengah perhatian. Salah satunya apabila dia menolak wanita itu ke tengah dan memilih untuk berada di sisi sahaja ketika mereka berkumpul.

Malah ada peminat yang turut menyelitkan klip lama apabila Song Ji-hyo menjaga tetamu seperti Jessica, Hani EXID, ahli TWICE dan ramai lagi.

Song Ji-hyo tak berubah langsung kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERTwitter
Loading...