Pastinya ramai menantikan episod istimewa “Running Man” bersama pelakon hebat Hong Kong iaitu Donnie Yen kan?
Terbaru, lelaki itu yang sedang mempromosikan filem “Sakra” itu sempat berkongsi pengalaman ketika rakaman untuk program popular di Korea itu.
Jelasnya,
Sebenarnya saya tak pasti bagaimana ia disunting, sebab itu saya berhati-hati ingin bercerita mengenainya. Sukar untuk berkomunikasi kerana saya perlu mendapatkan bantuan penterjemah di lokasi penggambaran.
Kongsi Donnie Yen mengenai para ahli “Running Man” pula,
Semua orang di Korea sangat baik dengan saya. Saya paling teringat akan Ji Suk-jin dan Kim Jong-kook. Mereka cuba berinteraksi dengan bahasa Mandarin yang lemah dan sangat baik dengan saya. Song Ji-hyo juga baik, dia memberitahu bahawa dia meminati saya dan mengambil foto bersama.
Tak sabar nak tengok episod tu nanti!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉