“Tetamu Lelaki Selalu Tolak Somin” – Tindakan ‘Gentleman’ V BTS Buat Jeon Somin Raih Pujian
- oleh irsa
- 3 tahuns lalu
Walaupun jarang menampilkan personalitinya tapi pastinya semua tahu bahawa V BTS sebenarnya seorang yang baik.
Artikel Berkaitan
Dalam episod terbaru “Running Man”, lelaki itu telah menjadi tetamu dalam rancangan “Running Man”. Bukan sahaja kelakar, V atau nama sebenarnya Kim Tae-hyung turut membuktikan bahawa dia mampu menyesuaikan diri dengan ramai orang.
Tak cukup dengan itu, ramai yang tersentuh melihat bagaimana V menjaga ahli wanita terutamanya Jeon So-min. Di akhir episod, V dan Song Ji-hyo berjaya memiliki tanah terbanyak lantas dikecualikan dari hukuman. Ahli lain pula terpaksa memilik pemacu yang mempunyai pilihan sama ada krim berwarna ataupun kosong sahaja.
This part is so sweet, taehyung is really nice and a gentleman. He saw somin was the only woman there and asked to take her place instead. For Us even played as bgm 😭
🐯is that thing really will explode?
👤 yes it will *explain
🐯 i-i want to try it once?
🐯 can i do it instead… pic.twitter.com/4xl6z58E0y— THV🎄 (@Taehyungimpact) September 10, 2023
Semasa Jeon So-min sudah mengambil tempat, sampuk ahli BTS itu,
Saya teringin nak rasa hukuman ini, boleh tak saya gantikan tempat Jeon So-min?
Walaupun berjaya mengelak dari terkena pancutan krim, namun wanita tersebut meluahkan rasa terima kasih atas kebaikan V.

Puji peminat lain pula, mereka tersentuh kerana jarang-jarang Jeon So-min diselamatkan oleh tetamu. Malah ini kali pertama wanita itu dapat mengelak dari terkena hukuman setalah sekian lama menjadi mangsa.
Patutlah So-min terkejut bila V mahu menukar tempat.
Nampak So-min lega.
Kim Tae-hyung memang seorang lelaki baik.
Baiknya V.
Rasa segar melihat interaksi ini.. So-min selalu jadi mangsa.
Tetamu lelaki selalu mengelak dari bersama So-min tapi V lain.
Terima kasih jaga So-min.
Awww~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




