Ikuti Kami:

“Dia Handsome” – V BTS Akui Song Jihyo Seirasnya

“Dia Handsome” – V BTS Akui Song Jihyo Seirasnya

Siapa sangka V BTS dan Song Ji-hyo sebenarnya agak seiras!

Dalam episod terbaru program itu, ahli BTS berkenaan telah buat julung kalinya menjadi tetamu bagi mempromosikan album solo terbarunya. Dengan konsep pemilik tanah, mereka perlu menjadi pemilik terbanyak di akhir misi bagi mendapat pertama dan terlepas dari hukuman.

Di awal episod, V diminta memilih ahli yang seiras dengannya dan lebih tinggi kedudukan, lebih banyak tanah yang akan dimiliki ahli itu. Ulas ahli lain,

Song Ji-hyo ada iras V.

v song jihyo

Semasa memilih mengikut pandangan sendiri, V mengakui bahawa Song Ji-hyo berada di tempat pertama. Kata Yoo Jae-suk dan yang lain,

Pilihan ini kita tak boleh tentang. Song Ji-hyo memang handsome pun.

Mengikut turutan, tempat seterusnya jatuh kepada Kim Jong-kook, Yoo Jae-suk, Jeon So-min, Haha, Ji Suk-jin dan terakhir Yang Se-chan.

Korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...