Ikuti Kami:

Teruskan Karier Lakonan, Jiho Bekas Ahli Oh My Girl Sertai Agensi Baru

Teruskan Karier Lakonan, Jiho Bekas Ahli Oh My Girl Sertai Agensi Baru

Kim Ji-ho bekas ahli kumpulan Oh My Girl kini dikhabarkan sedang mencari agensi baharu setelah menamatkan kontraknya dengan agensi sebelum ini WM Entertainment.

Baru-baru ini, satu agensi yang mengadakan perbincangan bersama Ji-ho memeberi satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut.

P&Studio mengumumkan bahawa

Memang benar kami mengadakan pertemuan dengan Ji-ho. Kami berbincang secara positif.

P&Studio adalah agensi yang turut menguruskan pelakon Park Hyung-sik dan Sung Yu-bin.  Ji-ho meninggalkan pasukannya dengan menamatkan kontraknya dengan agensi kumpulan Oh My Girl iaitu WM Entertainment pada April lalu.

Kumpulan Oh My Girl terus bekerja sebagai kumpulan sebagai enam ahli iaitu Hyo-jeong, Mimi, Yoo-A, Seung-hee, Yu-bin dan Arin. Ji-ho berkata melalui satu laman web kafe peminat rasmi Oh My Girl pada bulan Mei lalu bahawa,

Saya telah bercakap dengan syarikat beberapa kali tentang aktivit masa depan, tetapi kami memutuskan untuk menyokong satu sama lain di masa hadapan. Saya masih akan menyokong aktiviti kumpulan Oh My Girl.

kim jihoDia menyambung,

Saya tidak boleh memberitahu kalian semua secara terperinci tentang perancangan masa depan saya, tetapi apa sahaja yang saya lakukan pada masa hadapan, saya akan melakukan yang terbaik untuk memberikan imej yang baik.

Semoga bila Ji-ho dah berkerjasama dengan agensi baru, segala aktivitinya di masa hadapan akan menjadi satu kejayaan buat dirinya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...