Ikuti Kami:

“Awak Dalam Keadaan Gawat” – Eunkwang BTOB & Yubin Oh My Girl Kongsi Baki Akaun Bank

“Awak Dalam Keadaan Gawat” – Eunkwang BTOB & Yubin Oh My Girl Kongsi Baki Akaun Bank

Seo Eun-kwang BTOB dan Yubin Oh My Girl baru-baru ini tampil dalam siaran “Capitalism School” untuk berkongsi mengenai perihal peribadi mereka.

Seo Eun-kwang dan Yubin turut tampil bersama pelakon Jo-hyun yang merupakan bekas ahli Berry Good dan penyanyi rap Layone yang menjadi ahli ‘Kelab Pelaburan Sosial Rama-Rama Harimau Taman’. Dalam siaran temu bual “Capitalism School” telah berkongsi perihal peribadi mereka di mana mereka mendedahkan baki akaun bank mereka.eunkwangSeo Eun-kwang yang berusia 33 pada tahun ini, berkata bahawa,

Saya telah melalui banyak dugaan. Saya menyertai pasaran saham dan pelbagai lagi.

Dia kemudian menarik perhatian dengan berkata,

Sebelum menyertai tentera, saya memulakan perniagaan kerana bimbang. Saya membuat perniagaan restoran kecil-kecilan.

Apabila ditanya sama ada dia mahu mendedahkan baki akaun banknya, Seo Eun-kwang menunjukkannya kepada Defconn. Defconn berkata,

Anda telah menjadi idola selama 10 tahun. Kalau baki awak macam ni, awak betul-betul dalam keadaan gawat.

Defconn menyambung,

Saya kecewa. Adakah akaun bank Yook Sung-jae akan menjadi seperti ini? Anda pasti telah berbelanja banyak untuk sesuatu.

capitalism schoolSelain itu, Seo Eun-kwang yang juga merupakan pengarah agensinya Cube Entertainment. Apabila ditanya sama ada dia menerima gaji pengarah, Seo Eun-kwang menjawab,

Saya akan menerimanya tidak lama lagi.

Sebaliknya, Yubin yang berada dalam tahun kelapan sejak debutnya, mengejutkan semua orang dengan mempamerkan baki akaun banknya yang berjumlah lebih daripada ratusan juta won.yubinBerbeza kan baki akaun bank mereka? Lain orang mungkin lain keutamaannya, jadi kos perbelanjaan juga mungkin berbeza.

Korang jaga perihal akaun bank korang okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...