Sudah 13 tahun bersama, pastinya setiap ahli “Running Man” mempunyai cinta yang mendalam buat program itu.
Sama seperti Song Ji-hyo yang turut menyebut mengenai rancangan kegemaran ramai itu ketika kehadirannya di acara pelancaran K-Beauty Festa anjuran Watsons Malaysia kelmarin.
Semasa mendedahkan mengenai beberapa drama terbarunya yang bakal memulakan produksi tak lama lagi, pelakon wanita tersebut turut menitipkan pesanan buat peminat “Running Man”,
‘Running Man’ juga akan terus bersiaran, sila beri kasih sayang yang banyak buatnya.
Bukan itu sahaja, Song Ji-hyo turut meminta orang Malaysia untuk ke Yeosu, Jeju dan Istana Geongbukgung sekiranya ke Korea. Katanya sepanjang dia melawat ke merata kawasan untuk “Running Man”, lokasi berkenaan meninggalkan impak terbesar buatnya dan sesuai buat pelancong.
Dalam pada itu, acara ini menampilkan 19 jenama kecantikan dari Korea Selatan seperti Glutanex, COSRX, Axis-Y, Goodal dan banyak lagi.
Jangan lupa ke Sentul Depot sehingga 19 Mac ini bagi menyertai pelbagai aktiviti menarik sempena ‘K-Beauty Festa’ anjuran Watsons Malaysia.
Support “Running Man” semua!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉