Memang seronok tonton Song Ji-hyo dalam “Running Man” tapi lagi best kalau dapat lihat dia berlakon kan?
Terbaru, wanita itu yang merupakan duta Glutanex berkongsi berita gembira buat peminat ketika acara pelancaran ‘K-Beauty Festa’ anjuran Watsons Malaysia.
Jawabnya sambil tersenyum,
Patutnya produksi bermula pada April tapi ianya dianjakkan sedikit ke Mei ini. Ianya satu drama manis yang boleh menampilkan sisi baru saya.
Kongsinya lagi dan mendapat sorakan ramai, “The Witch’s Diner” juga bakal memulakan produksi musim kedua tak lama lagi.
Dalam pada itu, acara ini menampilkan 19 jenama kecantikan dari Korea Selatan seperti Glutanex, COSRX, Axis-Y, Goodal dan banyak lagi.
Jangan lupa ke Sentul Depot sehingga 19 Mac ini bagi menyertai pelbagai aktiviti menarik sempena ‘K-Beauty Festa’ anjuran Watsons Malaysia.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉