Kemungkinan besar, drama MBC pada hari Rabu, “A Good Day to Be a Dog,” akan membatalkan siaran episod baru.
Menurut jadual program MBC yang diumumkan pada 6 November, telah disahkan bahawa episod ke-5 “A Good Day to Be a Dog,” yang sepatutnya disiarkan pada 8 November, telah dijadual semula dengan dua pilihan alternatif.
Perlawanan bola
Perubahan ini disebabkan oleh rancangan MBC untuk menyiarkan perlawanan kedua kejuaraan siri bola sepak profesional KBO 2023. Oleh itu, keputusan sama ada “A Good Day to Be a Dog” akan dibatalkan atau tidak bergantung pada siaran bola sepak MBC pada hari tersebut. Perlawanan bola sepak dijadualkan bermula pada pukul 6.20 petang, manakala drama biasanya disiarkan pada pukul 9 malam.
Siri berdasarkan webtoon “A Good Day to Be a Dog” menggambarkan kisah cinta fantasi antara Han Hae-na (Park Gyu-young), yang disumpah menjadi anjing setiap kali dia berciuman dan Jin Seo-won (Cha Eun-woo ASTRO) yang takut kepada anjing.
Rating 1%
Drama ini mula disiarkan pada 11 Oktober tetapi prestasinya agak membimbangkan. Menurut Nielsen Korea, episod pertama dan kedua drama ini mencatat 2.2% dan 2.8%, tetapi episod ke-3 turun secara signifikan kepada 1.9%. Selepas membatalkan siarannya untuk kali pertama kerana separuh perlawanan bola sepak, “A Good Day to Be a Dog” menyiarkan episod ke-4 pada 1 November. Walau bagaimanapun, ianya merosot lebih rendah kepada 1.7%.
Menurut tanggapan penonton mengenai sebab ratingnya kian merudum, ada yang menebak ia berikutan MBC memilih untuk menyiarkan satu episod sahaja seminggu. Walaupun terdapat respon positif tentang suasana hangat dan kisah cinta yang manis dalam “A Good Day to Be a Dog,” kebanyakan penonton menyatakan kekecewaan yang lebih besar kerana beberapa kali ianya membatalkan siaran.
Penat lah nak tunggu, kalau asyik batal je..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.