Ikuti Kami:

Tayang Satu Episod Seminggu, ‘A Good Day To Be A Dog’ Bermula Dengan Rating Rendah

Tayang Satu Episod Seminggu, ‘A Good Day To Be A Dog’ Bermula Dengan Rating Rendah

Setelah lama menanti, akhirnya “A Good Day To Be A Dog” telah pun menayangkan dua epsiod awalnya baru-baru ini.

“A Good Day To Be A Dog” adalah drama percintaan antara seorang wanita yang ingin memecahkan sumpahan yang mengubahnya menjadi anjing pada setiap subuh dan seorang lelaki yang takut dengan anjing.

Untuk episod awal ini, ia memaparkan kehidupan Han Hae-na yang disumpah berubah menjadi anjing pada jam 12 malam dan perlu meminta bantuan Jin Seo-won bagi memutarkan balik sumpahan itu. Merupakan guru di sekolah yang sama, hubungan mereka mula berbelit dek insiden tak disangka ini.

a good day to be a dog

Menurut Nielsen Korea, dua episod awal drama romantik ini mencapai rating sebanyak 2.2% dan 2.8%. Bakal menayangkan satu episod sahaja seminggu, jadi ada yang risau sekiranya catatan berkenaan tidak dapat meningkat dengan tinggi nanti.

Comel lah cerita ni~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...